9:17 PM Comment0 Comments


to all my friends..........

dengan ini kami ingin menjemput semua kengkawan n all blogger untuk menghadiri tayangan perdana untuk 3 budak melayu. berikut adalah detail mengenai event ini

Tarikh: 10 April 2009
Tempat: Studio Pancha Delima, Uitm Puncak Perdana
Masa: 8.30 mlm (terdapat sesi tayangan & Q&A)

semua adalah dijemput hadir dan sokongan anda adalah amat dihargai. kepada rakan-rakan media adalah amat digalakkan untuk hadir....begitu juga kepada mereka yg cintakan industri perfileman tanah air dan juga kepada mereka yg berminat untuk melihat karya pertama feature film hasil sepenuhnya pelajar tahun akhir Honour Showcase 09, FACT UiTM......

12:40 AM Comment0 Comments

minggu ni our production dh mula start untuk proses editing. kitaorg terpaksa menggunakan khidmat editing daripada production house luar iaitu di Screen Arts production kat Damansara Damai. bukan tidak mahu menggunakan khidmat di fakulti tetapi memandangkan mechine editting n masa untuk editting terhad dan projek student FACT yang terlalu banyak membuatkan kami terpaksa berundur diri untuk meneruskan kerja2 Post untuk 3 Budak Melayu ini.
booking dibuat selama seminggu dan selama seminggu inilah our editor, Epul and Director, Mamu terpaksa bertungkus lumus untuk memastikan proses ini siap dengan jayanya kerana by 10 April 2009 kami perlu menayangkan 3 Budak Melayu di khalayak ramai.
dan tarikh tersebut semakin hampir.
untuk crew yang lain kini kami sedang bertungkus lumus untuk membuat persediaan bagi proses Press Conferences (PC) dan Tayangan Perdana.
semua adalah dijemput menghadiri Tayangan Perdana 3 Budak Melayu pada 10 April 2009 ....tetapi vanue kami masih belum ditetapkan...kami akan inform dari masa ke semasa.....
keep in touch untuk mengetahui perkembangan kami.......

12:34 AM Comment1 Comments

11:19 AM Comment0 Comments


mengisahkan perjalan 3 orang sahabat,Epol, Nana n Zurin. mereka bertiga merupakan pelajar di dalam jurusan perfileman dan filem ini mengisahkan bagaimana mereka bertiga mencari duit dan berusaha untuk membuat sebuah filem.
mereka bertiga menyewa disebuah rumah milik peruncit kedai bernama Wak Karman dan isterinya Mak Milah. Zurin dan Nana tinggal bersama di dalam rumah Wak Karman mana kala Epol tinggal di sebuah bangsal yang diubah suai menjadi bilik. mereka bertiga pada mulanya menyewa dengan wak Karman tetapi melihatkan mereka bertiga ini rajin membantu di kedai, maka mereka tidak lagi perlu membayar sewa.
mereka bertiga bukannya datang daripada famili yang senang maka untuk membuat projek akhir, mereka melakukan pelbagai keje untuk mendapatkan duit untuk membeli peralatan kamera seperti menjual moto milik epol, berpura2 menjadi orang buta untuk medapatkan sedekah, menyanyi di khayalak ramai, cuba mendapatkan duit melalui along, makan free di kenduri kawen dan banyak lagi. dan mereka juga bertemu dengan pelbagai ragam manusia. dan akhirnya dapatkah mereka merealisasikan impian mereka setelah pelbagai rintangan di lalui....?
maka nantikan kemunculan TIGA BUDAK MELAYU.....(3BM)....

6:28 PM Comment5 Comments

hye, blog ini dibuat khas untuk semua crew yang terlibat dengan Filem 3 Budak Melayu yang merupakan feature filem pertama hasil sepenuhnya daripada pelajar semester akhir Ijazah Sarjana Muda(Kepujian) Seni Persembahan (Seni Layar & Penulisan Seni Layar), Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik UiTM.
filem ini merupakan sebuah projek akhir bagi subjek Honor Showcase dibawah pimpinan Prof. Dr Hatta Azad Khan (our Dean) dan diselia oleh En. Faizal (Honda) dan juga thanks to En. Mazli.
actually cerita mengenai production ni dulu.
mula dibentuk pada bulan januari 2009 sewaktu kelas baru bermula untuk semester ini. setelah jawatankuasa dibentuk, dan script diberikan, semua jawatankuasa mula bergerak. ahli crew kami terdiri daripada 40 orang pelajar. yes satu jumlah yang sangat besar dalam sesebuah produksi. walaubagaimanapun, kami telah memberikan jumlah yang besar itu kepada 3 bahagian iaitu Pre, Pro n Post Production.
bahagian Pre mula bekerja seawal pertengahan Januari. dan ada beberapa crew yang sanggup mengorbankan cuti midterm break semata-mata ingin menguruskan hal-hal produksi seperti mencari lokasi dan sebagainya. thanks kepada sesiapa yang terlibat.
naik sahaja semester kerja-kerja pre perlu disudahkan sebelum 15 Feb 2009. kerana pada tarikh ini, production akan keluar untuk shooting. kerja-kerja seperti mencari pelakon, props, wardrobe gigih dilakukan dalam masa kurang dari 2 minggu.
15 Feb 2009 merupakan tarikh hari pertama kami keluar menjalani penggambaran. lokasi pertama kami ialah di Tanjung Karang Kuala Selangor. kami berada disana selama 3 hari. kami diperuntukkan selama 12 hari untuk menyelesaikan penggambaran ini bersamaan 4minggu kerana kami hanya menggunakan hari jumaat, sabtu dan ahad sahaja untuk production ini. maklumlah semua student lg.....hari2 weekday kelas pack so just shooting on weekend je la....dan selama 4 minggu ini la semua crew yang terlibat terpaksa bercuti untuk dating....heheh berkorban la sikit kan.
minggu2 seterusnya penggambaran di jalankan di sekitar puncak perdana, shah alam, sek 13, FSSPU , Menara Kejuruteraan (UiTM)-Thanks to all. dan sek 7. pemilihan lokasi dibuat berdasarkan tempat yang sesuai dan berhampiran dengan penempatan kami.
kini proses untuk penyuntingan sedang giat dijalankan oleh editor2 dan para grafik designer dan mana-mana post yang berkenaan termasuk promosi dan marketing (heheh aku la ni).......
so hope filem ini sukses dan matlamat utama untuk mendapatkan yang terbaik untuk subjek ini dan seterusnya akan diusahakan untuk filem ini masuk ke pawagam...... doa-doakan kami berjaya....Amin.....