6:28 PM Comment5 Comments

hye, blog ini dibuat khas untuk semua crew yang terlibat dengan Filem 3 Budak Melayu yang merupakan feature filem pertama hasil sepenuhnya daripada pelajar semester akhir Ijazah Sarjana Muda(Kepujian) Seni Persembahan (Seni Layar & Penulisan Seni Layar), Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik UiTM.
filem ini merupakan sebuah projek akhir bagi subjek Honor Showcase dibawah pimpinan Prof. Dr Hatta Azad Khan (our Dean) dan diselia oleh En. Faizal (Honda) dan juga thanks to En. Mazli.
actually cerita mengenai production ni dulu.
mula dibentuk pada bulan januari 2009 sewaktu kelas baru bermula untuk semester ini. setelah jawatankuasa dibentuk, dan script diberikan, semua jawatankuasa mula bergerak. ahli crew kami terdiri daripada 40 orang pelajar. yes satu jumlah yang sangat besar dalam sesebuah produksi. walaubagaimanapun, kami telah memberikan jumlah yang besar itu kepada 3 bahagian iaitu Pre, Pro n Post Production.
bahagian Pre mula bekerja seawal pertengahan Januari. dan ada beberapa crew yang sanggup mengorbankan cuti midterm break semata-mata ingin menguruskan hal-hal produksi seperti mencari lokasi dan sebagainya. thanks kepada sesiapa yang terlibat.
naik sahaja semester kerja-kerja pre perlu disudahkan sebelum 15 Feb 2009. kerana pada tarikh ini, production akan keluar untuk shooting. kerja-kerja seperti mencari pelakon, props, wardrobe gigih dilakukan dalam masa kurang dari 2 minggu.
15 Feb 2009 merupakan tarikh hari pertama kami keluar menjalani penggambaran. lokasi pertama kami ialah di Tanjung Karang Kuala Selangor. kami berada disana selama 3 hari. kami diperuntukkan selama 12 hari untuk menyelesaikan penggambaran ini bersamaan 4minggu kerana kami hanya menggunakan hari jumaat, sabtu dan ahad sahaja untuk production ini. maklumlah semua student lg.....hari2 weekday kelas pack so just shooting on weekend je la....dan selama 4 minggu ini la semua crew yang terlibat terpaksa bercuti untuk dating....heheh berkorban la sikit kan.
minggu2 seterusnya penggambaran di jalankan di sekitar puncak perdana, shah alam, sek 13, FSSPU , Menara Kejuruteraan (UiTM)-Thanks to all. dan sek 7. pemilihan lokasi dibuat berdasarkan tempat yang sesuai dan berhampiran dengan penempatan kami.
kini proses untuk penyuntingan sedang giat dijalankan oleh editor2 dan para grafik designer dan mana-mana post yang berkenaan termasuk promosi dan marketing (heheh aku la ni).......
so hope filem ini sukses dan matlamat utama untuk mendapatkan yang terbaik untuk subjek ini dan seterusnya akan diusahakan untuk filem ini masuk ke pawagam...... doa-doakan kami berjaya....Amin.....

5 comments:

Unknown said...

go go chayok!

amer zaman said...

bulan 4 kan viewing?

deennasour said...

goodluck!

3 budak melayu said...

thanks to all supporter....

comic_fanz said...

sorry ar tak dapat tengok.. aku ntah gi mana ntah time tue.. aku pun student kat puncak gak.. anyway good luck to all student uitm teka.. let's make world proud with us..

p/s:sory 4 the grammar..

Post a Comment